HomeUtamaJaringan paip retikulasi air akan dilaksanakan untuk tindakan jangka panjang

Jaringan paip retikulasi air akan dilaksanakan untuk tindakan jangka panjang

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Kedudukan lokasi Bukit Payung dari sudut sistem retikulasi air selain kawasan berkenaan yang terletak di hujung kawasan menjadi antara cabaran semasa untuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menyalurkan bekalan air bersih.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, cabaran itu juga menyebabkan tekanan air di kawasan berkenaan  selalu berada dalam keadaan rendah.

“Buat masa sekarang, JANS telah melakukan catuan air berjadual untuk memberi peluang kepada tekanan air yang mencukupi sampai ke kawasan Bukit Payung. Catuan berjadual itu akan dilaksanakan dalam tiga hingga empat kali seminggu.

Tekanan air yang sampai ke Bukit Payung semasa catuan berjadual dilaksanakan

“Saya difahamkan kawasan perumahan Bukit Payung telah disalurkan bekalan pada Sabtu lalu namun terpaksa berganti dengan KKIP Timur (Tuaran) dan PPR Sri Rugading,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian bagi mengulas laporan berhubung aduan penduduk di kawasan berkenaan yang tidak menerima bekalan air secara berjadual.

Katanya, tindakan bagi menyambung jaringan paip retikulasi bagi menambah tekanan air ke kawasan berkenaan akan dilaksanakan untuk langkah jangka panjang.

“Untuk jangka panjang, tindakan yang akan dilakukan ialah menyambung jaringan paip retikulasi bagi menambah tekanan air sampai ke Bukit Payung dengan lebih konsisten.

“JANS daerah Tuaran telah mengemukakan cadangan tindakan ini ke ibu pejabat untuk kelulusan cadangan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

600 keluarga di Sabah terima sumbangan Krismas dari Yayasan PETRONAS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular