HomeUtamaSaya mahu beri tumpuan kepada tugas hingga 2025 - Shahelmey

Saya mahu beri tumpuan kepada tugas hingga 2025 – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas yang diamanahkan sehingga tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tamat pada 2025.

Katanya, perkara itu menjadi keutamaan bagi diri beliau selepas dilaporkan digantung daripada UMNO sejak Mac lalu selain menerima secara terbuka kenyataan berhubung tindakan yang diambil parti itu terhadapnya.

“Saya menerima perkara ini dengan hati terbuka dan saya akan terus bekerja sehingga 2025. Selepas itu barulah lihat di mana arah tuju saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata demikian ketika diminta mengulas perancangannya selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semalam menyatakan isu penggantungannya dalam UMNO diselesaikan secara dalaman.

Pada 18 Mac lalu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan bahawa Shahelmey digantung daripada UMNO selama enam tahun berikutan tindakannya membelakangkan keputusan parti ketika kemelut politik Sabah tercetus pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Shahelmey ketika ditanya sama ada akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) baharu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan, beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, tiada RUU baharu daripada kementeriannya.

Bagaimanapun katanya, kementerian lain akan mengusulkan RUU untuk diluluskan pada sidang DUN nanti.

“Sidang DUN kali ini akan menumpukan kepada belanjawan tambahan dan RUU,” katanya.

Sementara itu, beliau juga memberikan jaminan bahawa bekalan air di bandaraya ini semakin pulih selain pihaknya telah mengawal penghantaran lori air dan menghentikan pada waktu malam.

“Ini bagi membolehkan tekanan air kembali seperti biasa untuk mengisi tangki takungan air bagi tujuan membekalkan air secara apa yang direka bentuk.

“Saya mendapat maklum balas usaha itu semakin stabil, bagaimanapun ada beberapa kawasan masih mengalami masalah air disebabkan paip pecah dan sebagainya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular