HomeUtamaJKNS pandang serius isu pengurusan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital...

JKNS pandang serius isu pengurusan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuaran

Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu berhubung pengurusan seorang pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuaran yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah JKNS Dr Asits Sanna berkata, satu siasatan terperinci dan telus berkenaan perkara itu kini sedang dijalankan.

“Satu pertemuan bersama pihak keluarga akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan lebih lanjut berhubung perkara ini selepas siasatan tersebut dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan yang tular di media sosial berhubung  seorang pesakit yang dibenarkan pulang dan dikatakan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius oleh hospital berkenaan namun dilaporkan telah meninggal dunia.

Dr Asits berkata, pihaknya juga turut mengambil perhatian terhadap semua maklum balas yang diterima.

Katanya, pihaknya juga akan melakukan langkah penambahbaikan bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

“Jabatan ini juga menyeru kepada semua warga kerja JKNS agar sentiasa melaksanakan tugas mengikut standard pengurusan pesakit yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pesakit terjamin,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular