HomeIsu tempatan66 beg darah berjaya dikutip, bantu Tabung Darah Hospital Beaufort

66 beg darah berjaya dikutip, bantu Tabung Darah Hospital Beaufort

Read Time:54 Second

Beaufort : Sebanyak 66 beg darah berjaya dikutip menerusi penganjuran kempen derma darah yang dianjurkan pasar raya Servay Jaya 1Beaufort di sini dengan kerjasama Hospital Beaufort.

Hospital Beaufort dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen yang diadakan selama dua hari berakhir semalam itu merupakan salah satu dasar keprihatinan dan tanggungjawab pasar raya berkenaan kepada masyarakat setempat.

“Kempen selama dua hari ini telah berjaya mengutip sejumlah 66 beg darah bagi membantu pesakit yang memerlukan yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Beaufort.

“Selain itu, kempen yang diadakan di perkarangan pasar raya itu juga turut mendapat penglibatan penderma-penderma darah dari kalangan kakitangan dan juga orang ramai yang singgah membeli belah di pasar raya berkenaan,” menurut kenyataan itu di sini.

Untuk rekod, Servay Jaya 1 Beaufort, sebelum ini telah mengadakan beberapa siri  program derma darah semenjak tahun 2019 dengan kutipan awal pernah dicatatkan iaitu sebanyak 16 beg darah dan jumlah it uterus meningkat pada penganjuran berikutnya.

Ketika pandemik pada tahun 2020, Servay Jaya 1Beaufort melakukan satu lagi inisiatif untuk membantu bekalan darah dengan mengadakan program yang telah mencatatkan kutipan sebanyak 58 beg darah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya