HomeUtamaPersembahan khas 'Pandemik' hiasi sambutan Hari Pahlawan Sabah

Persembahan khas ‘Pandemik’ hiasi sambutan Hari Pahlawan Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Persembahan khas bertemakan ‘Pandemik’ menjadi antara tarikan orang ramai yang hadir menyaksikan sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Sabah yang diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu di sini pagi tadi.

Istiadat sambutan Hari Pahlawan yang dihadiri lebih 3,000 anggota keselamatan pelbagai agensi termasuk penjawat awam dan orang ramai itu dimulakan dengan acara tabik hormat dari Pasukan Kawalan Kehormatan Utama terdiri 148 anggota lain-lain pangkat dari Rejimen Askar Melayu Diraja Sandakan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin selepas menerima tabik hormat Diraja daripada Ketua Kawalan Kehormat Utama.

Sejurus selepas itu, acara diteruskan dengan tiupan paluan akhir ‘The Last Post’ oleh Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaik acara menaikkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah.

Hadirin juga bertafakur selama 30 saat bagi mengenang perajurit negara yang terkorban semasa mempertahankan negara sebaik bacaan puisi pahlawan yang bertajuk Barisan Hadapan Taman Bangsa yang didedikasikan buat petugas barisan hadapan COVID-19.

Kemuncak acara diteruskan dengan persembahan khas pahlawan yang dilaksanakan secara gabungan oleh pelbagai agensi dan jabatan bertemakan Pandemik.

Persembahan itu merangkumi empat segmen iaitu The Outbreak; 18 Mac 2020; Unsung Hero dan Endemik.

Majlis diakhiri dengan tiupan ‘Rouse’ disampaikan Pancarangan PDRM.

Tun Juhar diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor kemudian melawat gerai pameran di sekitar Padang Merdeka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular