HomeUtamaKenal pasti punca ramai calon SPM Sabah tidak hadir peperiksaan - Hajiji

Kenal pasti punca ramai calon SPM Sabah tidak hadir peperiksaan – Hajiji

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan
Pendidikan Negeri mengenal pasti punca dan kenapa ramai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 di Sabah tidak hadir menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Katanya, berdasarkan laporan hanya seramai 34,461 pelajar daripada 40,147 yang mendaftar di Sabah menduduki peperiksaan SPM 2022.

Menurutnya, laporan Menteri Pendidikan baru-baru ini bahawa seramai 10,000 daripada hampir 30,000 calon yang tidak menduduki peperiksaan SPM 2022 mendaftar untuk ulangan peperiksaan itu tahun ini.

“Saya memberi perhatian serius terhadap isu ini di Sabah, kerana SPM adalah peperiksaan penting untuk masa depan anak-anak kita atau sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Selain itu, pendidikan adalah hak untuk semua.

“Justeru, berapa pun jumlah pelajar yang tidak menduduki SPM 2022 di negeri ini, ramai atau tidak, saya mahu Jabatan Pendidikan Negeri mengenal pasti kenapa mereka tidak hadir dan apa alasan mereka.

“Perkara ini membimbangkan kerana SPM adalah penting untuk pelajar mencorak masa depan mereka. Saya mahu pelajar dari Sabah yang tidak menduduki SPM 2022, ambil peluang untuk berbuat demikian pada tahun ini”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) Siri ke-34 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha pada Selasa.

Seramai 40 pelajar terpilih menerima ABCNS. Turut hadir di majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M.Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk
Gulamhaidar Khan Bahadar dan Pengerusi Eksekutif ICSB, Datuk Jasnih Daya.

Hajiji berkata, walaupun terdapat peningkatan 0.13 peratus dalam Gred Purata Nasional (GPN) keputusan SPM 2022 bagi negeri Sabah daripada 5.35 mata pada 2021 kepada 5.22 mata pada tahun 2022, namun ianya masih jauh berbanding GPN kebangsaan sebanyak 4.74.

Pada masa yang sama katanya, jurang antara kawasan bandar dan luar bandar di negeri ini juga melebar daripada 0.53 mata pada 2021 kepada 0.61 mata pada 2022.

“Kerajaan Negeri mengambil berat mengenai isu ini dan ia harus diteliti secara terperinci bagi mengenal pasti punca kelemahan-kelemahan yang wujud”, tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular