HomeIsu tempatanMaritim Malaysia berjaya halang cubaan masuk PATI

Maritim Malaysia berjaya halang cubaan masuk PATI

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan seramai sembilan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina yang cuba menyelinap masuk ke perairan negara di sini kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, maklumat yang diterima kira-kira jam 9.30 malam itu mendapati sebuah bot yang bergerak dari kepulauan Mangsi dipercayai cuba membawa masuk PATI daripada negara jiran itu.

“Dalam operasi yang dijalankan mendapati sebuah pam bot telah berjaya dikesan kira-kira jam 10 malam sedang bergerak dalam keadaan gelap menuju ke Simpang Mengayau, Kudat diposisi lebih kurang 0.7 batu nautika barat laut Pulau Kalampunian, Kudat.

“Bot terbabit yang sarat dengan penumpang segera ditahan dan diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat seramai lapan individu lelaki termasuk pengendali bot dan seorang perempuan berumur lingkungan 11 hingga 59 tahun berada didalam bot berkenaan.

“Sembilan suspek yang diperiksa kesemuanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian berasingan, Maritim Malaysia, Zon Maritim Kudat turut menahan sebuah bot nelayan tempatan kira-kira jam 5.35 petang yang disyaki mencurigakan memasuki perairan negara dan bot berkenaan telah berjaya ditahan di posisi 3.05 batu nautika timur laut Tanjung Agong-agong.

Katanya, setelah diperiksa, terdapat dua orang warga Filipina yang mengendalikan bot berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati, bot nelayan terbabit membawa muatan pelbagai jenis ikan hidup tanpa permit yang sah dianggarkan lebih kurang 170 kilogram. Bot bersama individu serta barang yang ditahan dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6 (1) (c) kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah sewaktu diperiksa bagi pam bot yang membawa PATI manakala bot nelayan yang membawa masuk ikan hidup tanpa permit yang sah disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya.

Menurunya, berikutan daripada kejadian berkenaan, pihak Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim membantu pihak agensi dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya