HomeUtamaBeri kuasa Sabah luluskan dan keluarkan pelbagai jenis pelesenan pelancongan - Christina

Beri kuasa Sabah luluskan dan keluarkan pelbagai jenis pelesenan pelancongan – Christina

Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew menggesa kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi kuasa kepada Sabah bagi meluluskan dan mengeluarkan pelbagai jenis pelesenan pelancongan di negeri ini.

Christina berkata ini adalah kerana beliau telah menerima aduan daripada pemohon mengenai kelewatan dalam meluluskan permohonan pelesenan pelancongan dan mengeluarkan lesen untuk pemain pelancongan di Sabah oleh Kementerian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Sehubungan itu, saya ingin mengulangi gesaan saya kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi kuasa kepada Sabah bagi meluluskan dan mengeluarkan pelbagai jenis pelesenan pelancongan. Saya telah menerima aduan daripada pemohon bahawa permohonan mereka untuk mendapatkan lesen baharu atau pembaharuan lesen sedia ada mengambil masa lama untuk diluluskan oleh MOTAC.

“Saya juga dimaklumkan apabila ada di antara mereka membuat pertanyaan di Pejabat MOTAC Sabah, mereka diberitahu untuk menghubungi Putrajaya secara terus,” kata Christina dalam satu kenyataan pada Khamis, susulan kunjungan hormat delegasi Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) , Sabah Chapter, pagi tadi.

Dalam pada itu, Christina juga turut menerima aduan mengenai seorang ahli Sabah Chapter yang hanya untuk memohon lesen untuk van persiarannya yang baharu diminta menghubungi Putrajaya apabila dia bertanya tentang status permohonannya.

“Setiap kali saya menghubungi, saya mendapat jawapan yang sama, ia masih dalam proses di Putrajaya,” keluh ahli yang kecewa itu.

Selain itu, Christina juga menerima laporan menyatakan bahawa seorang pemain pelancongan telah menunggu selama lebih dua bulan hanya untuk kelulusan pertukaran alamat dan untuk ia dikemas kini dalam lesen operasi pelancongannya.

Menurut laporan tersebut, pada bulan Mei, dia (pemain pelancongan) telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada MOTAC untuk pertukaran alamat selepas berpindah pejabat.

“Sejak akhir-akhir ini, dia menelefon hampir setiap hari tetapi tidak berjaya. Ini kerana peraturan bahawa jika alamat seseorang tidak dikemas kini, seseorang tidak akan dapat memohon lesen untuk bas persiaran, contohnya,” kata laporan tersebut.

Sabah Chapter juga telah menulis surat kepada Christina untuk menjelaskan masalah yang dihadapi ahlinya, termasuk operasi haram “van putih” tidak berlesen yang digunakan untuk mengangkut pelancong dari satu destinasi ke destinasi lain.

Kunjungan delegasi itu terdiri daripada Pengerusi MCTA Sabah Chapter Vincent Sia, Naib Pengerusi Amity Wong, Bendahari Jimmy Wong Kui Hiung dan Ahli Jawatankuasa Julie Wong.

Sementara itu, delegasi turut menjemput Christina melancarkan Pameran Malaysia International Travel Mart (MITM) pada 19 Ogos ini di Suria Sabah, di sini.

Dalam taklimatnya, Jimmy, yang juga Pengerusi Penganjur, berkata MCTA kali terakhir menganjurkan Pameran MITM pada 2019, selepas itu ia dihentikan kerana pandemik Covid-19.

“Ia akan menampilkan kira-kira 49 gerai pameran yang antara lain akan disediakan oleh ahli MCTA dari Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Labuan, Sarawak dan Negeri Sembilan.

“Kami juga akan memperuntukkan gerai untuk pengusaha pelancongan berasaskan komuniti, termasuk dari Kiulu dan Tambunan, untuk mempamerkan produk pelancongan luar bandar mereka,” katanya.

Menurut Jimmy, Pameran MITM adalah platform untuk mempromosikan pelancongan masuk dan keluar, dengan penyertaan pemain pelancongan dari Semporna, Tenom, Kuala Penyu dan Kudat.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian I Mary Malangking.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya