HomeSukanKekurangan sifat bukan penghalang untuk berjaya dalam bidang sukan

Kekurangan sifat bukan penghalang untuk berjaya dalam bidang sukan

Read Time:1 Minute, 48 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Biarpun tidak sempurna seperti insan lain, namun ia tidak menghalang semangat Mohd Hasrul Yudding yang dikategorikan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk kekal aktif dan cemerlang dalam bidang sukan.

Pelajar KTYS Mohd Hasrul Yudding. – Foto ihsan KTYS

Mohd Hasrul berusia 23 tahun berasal dari daerah Semporna merupakan Mahasiswa Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), telah kehilangan sebelah kaki kanannya sejak berumur dua tahun akibat kanser leukemia yang dihidapinya pada ketika itu.

Pelajar jurusan Pentadbiran Sistem Maklumat Tahap 4 di bawah program Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ini telah berjaya mewakili Kelab Bola Sepak Kudung Sabah dalam Malaysia Amputee Football Tournament 2023 yang telah diadakan di Padang Ipoh, pada 17 Jun lalu.

Menurut Pengurus Komunikasi Korporat KTYS, Ellen Sikodol, Mohd Hasrul dan pasukan telah berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan dalam perlawanan bola sepak tersebut.

“Mohd Hasrul juga telah terpilih untuk mewakili Malaysia untuk kejohanan yang akan datang namun terpaksa ditolak kerana harus menduduki peperiksaan akhir semester,” katanya ketika dihubungi Sabah Media pada Khamis.

Sementara itu, Mohd Hasrul berkata walaupun hanya di tempat keempat beliau tidak pernah berputus asa dan akan berusaha lebih lagi dalam bidang sukan yang diminatinya itu.

“Saya akui pada mulanya menghadapi pemain yang lebih tinggi serta bertubuh badan lebih besar juga membuatkan saya berasa kurang yakin untuk menyertai sukan ini. Tambahan lagi, peraturan-peraturan permainan tersebut banyak dan sukar difahami kerana saya masih baru dalam bidang ini, namun setelah menyertainya saya mempunyai satu semangat baru untuk meningkatkan lagi usaha dan memahirkan diri dalam sukan bola sepak,” katanya.

Tambah Mohd Hasrul, cabaran-cabaran yang dihadapi itu tidak pernah mematahkan semangatnya malah beliau ingin membuktikan bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing.

Disamping itu, selain bidang akademik, Mohd Hasrul juga ingin memberi contoh kepada setiap golongan masyarakat sama ada yang memiliki anggota badan sempurna atau yang kurang upaya untuk cuba menceburkan diri dalam bidang sukan.

“Cabaran yang akan dihadapi dari pelbagai sudut akan menjadikan ia sukar dicapai. Walau bagaimanapun setiap manusia mempunyai kelebihan yang berbeza untuk menghadapinya’’, ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Hasrul berkata beliau menanam cita-cita untuk menjadi seorang pemain bola sepak kudung yang terbaik dan akan terus berlatih serta mengasah kebolehannya dalam bidang tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Klinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya