HomeUtamaPelaksanaan Ihtifal Ilmi dalam kalangan pelajar mampu cungkil bakat baharu

Pelaksanaan Ihtifal Ilmi dalam kalangan pelajar mampu cungkil bakat baharu

Read Time:1 Minute, 5 Second

Beaufort : Pelaksanaan program Ihtifal Ilmi dalam kalangan pelajar sekolah khususnya Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di seluruh Sabah amat besar faedahnya dalam usaha mencungkil bakat-bakat baharu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, menerusi program itu juga akan dapat melahirkan pelajar yang mampu memiliki daya saing dan berketrampilan.

“Di samping itu juga, program ini juga dapat menguji kecerdasan minda serta mengasah bakat dan kemahiran mereka yang selama ini terpendam.

“Saya mendapat maklum sebanyak enam acara yang dipertandingkan dalam majlis ini.  Antaranya tilawah Al-Quran; hafazan; syarahan dalam tiga Bahasa; penulisan seni khat; bahas ala Parlimen dan pertandingan nasyid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada merasmikan penangguhan Majlis Ihtifal Ilmi SMAN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, majlis Ihtifal itu juga merupakan bukti kecintaan dan kesungguhan umat Islam khususnya dalam menjunjung budaya ilmu.

Katanya, ini  seterusnya mengagungkan mukjizat Al-Quran dan memartabatkan bahasa Al-Quran itu sendiri iaitu bahasa arab.

“Kita mengharapkan melalui aktiviti tersebut mampu memupuk semangat yang kental di kalangan pelajar-ipelajar dalam berkomunikasi serta berkeyakinan berhadapan di khalayak umum.

“Buktinya kita telah ramai melahirkan ilmuan dan cendikiawan Islam yang serba boleh samada dalam bidang pentadbiran, pendidikan, perubatan, pensyarah dan sebagainya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Buaya: JHL tembak mati buaya betina di Kg Sabah Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular