HomeIsu tempatanDuta Perancis adakan kunjungan hormat ke UMS

Duta Perancis adakan kunjungan hormat ke UMS

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima kunjungan hormat daripada Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau, di sini, pada Selasa.

Kehadirannya disambut Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim  Mansor bersama Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Shahril Yusof.

Dalam pertemuan tersebut, Axel menyampaikan hasrat kerjasama akademik antara beberapa universiti di Perancis bersama universiti-universiti di Malaysia termasuk UMS.

Menurut Axel, terdapat pelbagai aspek yang dapat diperkembangkan melalui kerjasama yang melibatkan kedua-dua negara.

“Melalui kerjasama ini, penyelidikan yang dijalankan akan dapat memberikan hasil yang lebih baik.

“Program pertukaran pelajar juga dapat membantu untuk mengeratkan lagi hubungan antara negara sekali gus memberikan peluang kepada pelajar untuk mempelajari gaya hidup di negara Malaysia dan Perancis,” katanya.

Axel juga menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama tentang semua yang berkaitan dengan lautan.

“Saya berharap agar dapat menjalin kerjasama dalam biologi marin, sains marin, perikanan bersama dengan universiti di Malaysia,“ katanya.

Axel turut berharap agar semua universiti-universiti di Malaysia dapat menghadiri persidangan yang diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Kasim mengalu-alukan hasrat berkenaan dan menyatakan UMS sentiasa terbuka kepada sebarang kerjasama akademik yang boleh memberi impak positif kepada kedua-dua pihak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya