HomeIsu tempatanLebih 10 rakan strategik jayakan KMJG 2023

Lebih 10 rakan strategik jayakan KMJG 2023

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu :   Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 merupakan kolaborasi di antara Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah bersama lebih 10 rakan strategik.   

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata, selain agensi dan jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), konvoi tersebut turut disertai oleh beberapa agensi luar.

Antaranya, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Pada tahun ini juga, konvoi anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia akan disertai oleh syarikat swasta iaitu Kumpulan FUMA dan Yayasan Setia Negara yang merupakan badan bukan kerajaan.

“Manakala, beberapa lagi rakan strategik seperti Malaysia Airlines Group (MAG) menaja hadiah aktiviti, ITCC menyediakan tempat persinggahan, McDonalds membekalkan sarapan pagi dan rakan-rakan strategik lain yang akan bersama-sama di beberapa perhentian KMJG,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika ditemui media selepas Program Bual Bicara KMJG bersama SABAHfm di sini, semalam.

Jainisah berkata, kembara itu tidak hanya tertumpu kepada jabatan dan agensi kerajaan sahaja malah ianya turut melibatkan syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, ia adalah bagi menggelorakan semangat kemerdekaan dan kibar jalur gemilang semua lapisan Masyarakat.

Konvoi KMJG Peringkat Negeri Sabah dilancarkan oleh Ketua Menteri yang diwakili Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam pada Selasa lalu, akan menjelajah ke 66 hentian seluruh Sabah sempena 66 tahun kemerdekaan negara.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya