HomeUtamaMASB digesa segera laksana naik taraf kemudahan di KKIA

MASB digesa segera laksana naik taraf kemudahan di KKIA

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) digesa untuk melaksanakan naik taraf kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dengan segera.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew yang menggesa pihak MASB supaya menyegerakan pelaksanaan menaik taraf kemudahan itu susulan situasi huru-hara di KKIA pada malam Rabu apabila lima syarikat penerbangan dari Korea Selatan yang membawa sejumlah 1098 penumpang mendarat di lapangan terbang berkenaan pada jarak masa yang dekat.

Berdasarkan maklumat daripada Pengurusan KKIA, Liew berkata syarikat penerbangan itu ialah Jin Air (tiba dari Incheon pada 9.47 malam, 385 penumpang); Jeju Air (tiba dari Incheon, 157 penumpang); Air Busan (tiba dari Busan pada 10.40 malam, 193 penumpang); Jeju Air (tiba dari Incheon pada 11.25 malam, 179 penumpang); dan T’way (tiba dari Incheon pada 11.49 malam, 184 penumpang).

Christina berkata, beliau telah menerima maklum balas daripada pemain pelancongan dan ahli komuniti perniagaan yang melihat keadaan itu yang mana kemudahan tandas jelas tidak mencukupi, dan terdapat keperluan mendesak untuk memanjangkan terminal.

“Saya dimaklumkan oleh Pengurusan KKIA bahawa kesemua 10 kaunter yang ada telah dibuka pada malam itu. Jadi jelas, kita memerlukan lebih banyak kaunter imigresen, dan saya fikir susunan semula kaunter adalah wajar untuk mengurangkan kesesakan dan melancarkan proses pelepasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan dengan itu, Christina turut melahirkan rasa kesal kerana amaran awal beliau mengenai fenomena ini sebelum jangkaan pembukaan semula sempadan antarabangsa tidak diambil dengan kadar segera oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Justeru, beliau menyeru pihak Pengurusan KKIA untuk memulakan kerja dengan segera untuk memanjangkan tandas sedia ada bagi menghadapi kebanjiran pelancong antarabangsa dan domestik.

Pada 25 Julai lalu, Christina dimaklumkan oleh Pengurusan MASB bahawa MASB telah memperuntukkan sejumlah RM8.4 juta untuk menaik taraf kemudahan di KKIA, semasa kunjungan hormat kepadanya untuk memberi taklimat mengenai Pelan Pengoptimuman KKIA.

Daripada jumlah itu, RM1.4 juta akan dibelanjakan untuk menambah baik tandas awam di lapangan terbang dengan menambah lebih banyak bilik, manakala bakinya akan digunakan untuk projek naik taraf lain. Ini termasuk penurapan semula landasan, dan menaik taraf lot komersial serta sistem Pengumuman Awam (PA).

RELATED ARTICLES
Utama

PM Mahu Integriti Penjawat Awam Setimpal Dengan Pengiktirafan Diberi Kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya