HomeUtama19 pelajar cemerlang SPM, STPM 2022 terima insentif kecemerlangan Parlimen Putatan

19 pelajar cemerlang SPM, STPM 2022 terima insentif kecemerlangan Parlimen Putatan

Read Time:1 Minute, 12 Second

Putatan : Seramai 19 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022 menerima insentif kecemerlangan pelajar bagi Parlimen Putatan di sini semalam.

Sumbangan insentif kecemerlangan itu disampaikan Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berkata, insentif itu adalah sebagai menghargai prestasi cemerlang para pelajar selain menjadikan prestasi cemerlang sebagai budaya kehidupan mereka.

“Kami sentiasa ingin menyumbang bakti dan khidmat masyarakat selain membantu dan menyelaras pencapaian pendidikan generasi muda khususnya yang ada di Parlimen Putatan ini.

“Kenapa kita perlu menggalakkan pencapaian cemerlang, kerana kita percaya bahawa pelajar cemerlang adalah aset masa depan negeri kita dan juga negara.  Ini bukan tekanan tetapi sebagai dorongan, sokongan dan doa untuk mereka terus cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM dan STPM 2022 bagi Parlimen Putatan di sini semalam.

Shahelmey berkata, beliau turut berharap agar para pelajar yang cemerlang akan terus berjaya dalam sahsiah diri selain pembentukan jati diri yang baik.

“Apa yang penting nanti adalah selepas anda menamatkan pengajian dimana anda akan memasuki pula alam pekerjaan yang dunianya berbeza dengan sekarang ketika belajar.

“Ketika belajar anda hanya bergaul dalam kalangan usia anda, tetapi apabila kerja nanti anda akan bergaul dengan pelbagai lalpisan latar belakang, sebab itu  kita perlu ada jati diri yang positif agar kita dapat bekerjasama dengan semua orang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular