HomeIsu tempatanDua klinik kesihatan di Beaufort dijangka siap Oktober ini

Dua klinik kesihatan di Beaufort dijangka siap Oktober ini

Read Time:1 Minute, 11 Second

Beaufort : Dua klinik kesihatan di daerah ini membabitkan kos sebanyak RM 1 juta kini dalam pembinaan yang bakal memberi perkhidmatan lebih selesa kepada masyarakat setempat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, klinik terbabit adalah Klinik Kesihatan Kampung Weston dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Kampung Lingkungan yang dijangka siap Oktober ini.

“Klinik kesihatan yang baru ini akan dapat memberi keselesaan kepada petugas dan juga para pesakit yang mana klinik kesihatan kita yang ada pada hari ini tidak begitu selamat untuk diguna masa yang panjang.

“Oleh itu kita telah pun menyuarakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2021 dan Alhamdulilah dalam masa satu tahun lebih ini kita mendapat kelulusan untuk pembinaan bangunan ini dan bangunan ini dijangka siap Oktober tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Klinik Kesihatan Weston dan KKIA Kampung Lingkungan di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pembinaan bangunan baharu di lokasi sama Klinik Kesihatan Weston melibatkan ruangan khas untuk rawatan pesakit luar yang mencecah 100 orang.

Katanya, bangunan baharu yang dibina sepenuhnya di KKIA Lingkungan akan berfungsi memberikan rawatan kepada ibu mengandung termasuk kuarters kakitangan.

“Sebaik dipilih sebagai wakil rakyat pada tahun 2020 lalu, saya telah mengambil langkah drastik dengan memastikan situasi kedua-dua klinik ini mendapat perhatian kerajaan,” katanya.

Menurutnya, pembinaan kemudahan kesihatan itu menunjukkan keprihatinan Kerajaan kepada isu rakyat khususnya di luar bandar, – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular