HomeUtamaTUDM, TLDM laksana Eksesais sekitar ruang udara, perairan Sabah dan Labuan

TUDM, TLDM laksana Eksesais sekitar ruang udara, perairan Sabah dan Labuan

Read Time:44 Second

Kota Kinabalu : Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan Eksesais Angsa Siri 14/23 bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Eksesais Paradise Siri 10/23 bermula pada 28 Julai sehingga 16 Ogos depan.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan berkata, sepanjang tempoh Eksesais bermula semalam sehingga 17 Ogos, beberapa aset udara TUDM dan TLDM akan melaksanakan latihan melibatkan ruang udara dan perairan sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Latihan ini bertujuan untuk memperkasakan kesiagaan, kerjasama dan operasi bersama di antara kedua-dua perkhidmatan dalam mempertahankan kedaulatan negara selain memastikan keselamatan domain maritim, udara dan daratan negara.

“Sepanjang eksesais ini berlangsung, aset-aset TUDM dan TLDM akan melaksanakan penerbangan dan pelajaran secara taktikal di kawasan yang digazetkan sebagai kawasan latihan,” katanya.

TUDM meminta orang ramai agar tidak cemas, panik atau gusar sekiranya melihat aset-aset TUDM dan TLDM beroperasi di kawasan latihan sepanjang tempoh eksesais. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya