HomeIsu tempatanPolis tahan dua pemandu mabuk, kenderaan nombor plat 'fancy' dikenakan tindakan...

Polis tahan dua pemandu mabuk, kenderaan nombor plat ‘fancy’ dikenakan tindakan advokasi

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Polis menahan dua orang pemandu didapati positif ujian pernafasan di bawah pengaruh alkohol dengan melebihi had yang telah ditetapkan dalam satu operasi Op Mabuk di Jalan Coastal, di sini semalam.

Operasi Op Mabuk itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Operasi ini yang berakhir pada jam 4 pagi itu diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Kinabalu, DSP Jo Ak Hang melibatkan dua orang Pegawai Kanan Polis dan 12 anggota.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abddulah berkata, di dalam operasi ini seramai sepuluh orang pemandu telah dibuat ujian pernafasan dan didapati dua orang pemandu telah positif ujian pernafasan dengan melebihi had yang telah ditetapkan.

Katanya, kedua-dua individu ini telah ditangkap dan disiasat bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan, 1987 dan jika disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih lebih daripada RM30,000.

Dalam operasi sama, Mohd Zaidi turut memaklumkan sebanyak 64 buah kenderaan serta seramai 64 individu telah diperiksa di mana tindakan advokasi telah diambil atas beberapa kesalahan lalu lintas antaranya nombor plat ‘Fancy’ dan tidak ikut peraturan dengan menasihatkan pemandu supaya menggantikannya dalam kadar segera.

“Op Mabuk ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengesan pemandu – pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan dari memandu kenderaan semasa berada di bawah pengaruh alkohol kerana tindakan sedemikian boleh mendatangkan risiko kemalangan terhadap diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular