HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan ambil langkah asing senarai hak milik dua Majlis...

DUN Sabah : Kerajaan ambil langkah asing senarai hak milik dua Majlis Daerah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan telah mengambil langkah awal dengan mengasingkan senarai hak milik Majlis Daerah Beluran dan Majlis Daerah Telupid mengikut sempadan daerah masing-masing.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh berkata, usaha lain yang akan diambil kedua Majlis Daerah itu akan mengadan mesyuarat bersama Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

“Usaha seterusnya yang akan diadakan oleh kedua Majlis Daerah adalah untuk mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) bagi mengenalpasti dan mengemaskini data-data hakmilik di sepanjang sempadan daerah Beluran dan Telupid.

“Ini adalah berikutan keputusan mesyuarat di peringkat Kementerian saya iaitu Mesyuarat Status Tanah Majlis Daerah Beluran yang Berada dalam Kawasan Perkadaran Majlis Daerah Telupid yang telah diadakan pada 23 November 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Jonnybone J Kurum (PBS-Telupid) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebidang tanah seluas empat ekar untuk penambahan blok Hospital Tawau.

Datuk James Ratib

Katanya, tanah yang dikenal pasti itu merupakan tanah Kerajaan kepunyaan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah.

“Kementerian saya akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini dengan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan- Senallang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular