HomeUtamaTerus kibar Jalur Gemilang - Jannie

Terus kibar Jalur Gemilang – Jannie

Read Time:46 Second

Penampang : Rakyat khususnya di negeri diseru untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang dalam memeriahkan lagi semangat rasa cintakan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan Jannie Lasimbang berkata, rakyat juga diseru untuk membuang sikap menunggu dan mengharapkan Jalur Gemilang percuma.

Katanya, sikap itu perlu diubah bahawa hanya agensi Kerajaan sahaja yang perlu meraikan sambutan ini.

“Semua harus sama-sama menerapkan mentaliti dan menyuntik sikap memandang tinggi serta menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang identiti negara yang gah.

“Peka dengan keadaan Jalur Gemilang di sekeliling kita, sekiranya lusuh atau koyak segeralah ambil inisiatif untuk membeli dan menggantikannya dengan yang baharu,” katanya ketika berucap sempena program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 peringkat daerah Penampang 2023, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, seramai 500 orang terdiri daripada penjawat awam negeri, persekutuan serta agensi-agensi hadir bagi memeriahkan sambutan ketibaan konvoi KMJG 2023 yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di pekarangan Majlis Daerah Penampang.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular