HomeUtamaDBKK laksana kempen perangi LiLaTiN esok

DBKK laksana kempen perangi LiLaTiN esok

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Orang awam khususnya sekitar bandaraya Kota Kinabalu dipelawa untuk hadir memeriahkan dan menyokong penganjuran Kempen Perangi LiLaTiN (Lipas, Lalat, Tikus dan Nyamuk) anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) esok.

Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie berkata, kempen yang akan diadakan bermula seawal jam 7 pagi itu akan di lancarkan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip bertempat di di kawasan tempat letak kereta berdepan Wisma Bandaraya, Jalan Padang di sini.

“Kempen Perangi LiLaTiN ini adalah kesinambungan daripada program-program kawalan yang telah dan sedang dijalankan oleh DBKK. 

“Kempen pada kali ini dirancang untuk dijalankan dengan lebih intensif untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai bahaya LiLaTiN dan bersama-sama mencegah serta menghapuskan LiLaTiN melalui kempen ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Junainah berkata, dengan slogan ‘Hapuskan LiLaTiN’, kempen ini dianjurkan di bawah komponen Love Healthy KK dan selari dengan Sustainable Development Goals.

Katanya, pelbagai program dan aktiviti lain turut dilaksanakan antaranya ‘Walkabout’ mengedar risalah pendidikan kesihatan, gotong-royong, mengesan dan menimbus lubang tikus, pemeriksaan dan penggredan premis makanan, penarafan kebersihan tandas dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap.

“Selain itu, DBKK juga akan turut membeli tikus dengan harga RM1 seekor, tidak kira hidup atau mati (tidak berbau busuk),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular