HomeSukanLupakan episod 'jaringan besar', fokus perbaiki kedudukan

Lupakan episod ‘jaringan besar’, fokus perbaiki kedudukan

Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Para pemain Sabah FC harus melupakan episod tewas ‘jaringan besar’ sebaliknya perlu fokus bagi memenangi perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, pemain perlu melupakan badi kekalahan dengan jumlah jaringan yang besar sekaligus kembali ke landasan sebenar.

Katanya Sabah FC harus memperbaiki  kedudukan mereka dalam perlawanan-perlawanan terakhir di liga super bagi mengembalikan keyakinan peminat tegar kepada mereka.

“Sehingga kini, kita masih lagi mempunyai beberapa pemain termasuk Saddil dan Cifuentes berada dalam senarai kecederaan.

“Kita mempunyai sehari lagi sebelum sepak mula menentang Kuala Lumpur di Stadium Likas. Saya harap mereka sempat pulih sebelum perlawanan bermula,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Kim Swee berkata, Sabah FC memerlukan keputusan positif serta tidak boleh mengalami kekalahan demi kekalahan sehingga mereka kehilangan mata berharga.

“Kita ingin mengekalkan di kelompok teratas liga, ini penting bagi memastikan apabila berakhir nanti Sabah FC berada dalam satu kedudukan yang baik,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

JDT FC kukuhkan kedudukan, tewaskan Sabah FC di Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular