HomeUtamaProjek INL tingkatkan penguatkuasaan penyeludupan hidupan liar di Sabah

Projek INL tingkatkan penguatkuasaan penyeludupan hidupan liar di Sabah

Read Time:3 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew gembira dengan kemajuan positif Projek INL (International Narcotics and Law Enforcement Affairs) : Meningkatkan penguatkuasaan dan kapasiti forensik untuk menghalang penyeludupan hidupan liar di Sabah (2019-2023).

Beliau berkata Danau Girang Field Centre (DGFC), sebuah institut penyelidikan di Kinabatangan, dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah telah dianugerahkan dana oleh Kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan pemerdagangan hidupan liar dan meningkatkan kadar penangkapan dan kualiti pendakwaan jenayah hidupan liar di Sabah dengan membina kapasiti penyiasatan dan penguatkuasaan dalam JHL Sabah.

Katanya, ini dicapai melalui pembangunan pasukan khusus yang akan bekerjasama rapat dengan agensi dan pihak berkepentingan yang berkaitan; penjanaan dan penyebaran maklumat perisikan utama dan pengendalian dan pemprosesan bukti DNA hidupan liar untuk mempercepatkan penyelesaian kes jenayah hidupan liar.

“Projek perintis INL telah menghasilkan keputusan yang diinginkan. Terutamanya, ia telah menubuhkan pasukan khusus dalam JHL untuk kerja risikan dan forensik. Saya dimaklumkan oleh Pengarah JHL Sabah bahawa sejak 2019, tiada lagi pembunuhan gajah dan penyu laut.

“Dan di bawah program latihan mereka, mereka telah menubuhkan Unit Perisikan (IU) dan Unit Forensik (FU) yang telah menyediakan dua pegawai wanita muda iaitu Natalia Nadia Yahya dan Nur Alwanie Maruji, masing-masing untuk mengetuai IU dan FU di JHL Sabah,” kata Christina dalam satu kenyataannya hari ini, selepas kunjungan hormat oleh wakil pegawai Allison Lajeskie (Membanteras Pemerdagangan Hidupan Liar Asia Tenggara dan Pasifik) Jabatan Negara AS, Biro Narkotik Antarabangsa dan Hal Ehwal Penguatkuasaan Undang-undang, Pejabat Program dan Dasar Global di Washington, DC pada Selasa lalu.

Pada kunjungan itu, Allison memberi taklimat kepada Christina tujuan lawatan lima hari beliau ke Sabah adalah untuk bertemu dengan orang ramai supaya lebih memahami realiti di lapangan berhubung pemerdagangan hidupan liar, dan juga untuk melihat kemajuan sokongan INL melalui DGFC.

“Adalah satu penghormatan kerana saya berpeluang bertemu dengan Menteri dan bercakap mengenai isu pemburuan haram dan pemerdagangan hidupan liar di Sabah. Ia sangat penting.

“Saya puji apa yang telah dilakukan oleh DGFC dalam projek itu. Mereka benar-benar banyak mencipta daripada peringkat bawah dan menawarkan apa yang bermanfaat untuk Sabah, justeru, kami datang di sini untuk membantu,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Saintifik dan Penyelaras Projek Dr Milena Salgado Lynn, yang berpangkalan di DGFC, memberi pencerahan kepada Christina mengenai kemajuan aktiviti Projek INL. Ini termasuk dua bengkel, 31 sesi latihan (60+ pelatih), 300+ laporan siasatan, 20+ siasatan jangka panjang, 10+ tangkapan dan dua sabitan kesalahan.

“Kami juga telah mewujudkan pangkalan data jenayah hidupan liar di Jabatan Hidupan Liar Sabah, dan ia mungkin boleh diakses oleh agensi berkaitan hidupan liar lain di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Bagi meningkatkan kerjasama antara agensi, kami telah mewujudkan satu per- kumpulan kerja perisikan agensi yang telah dilatih bersama,” katanya.

Menurut Dr Lynn, pemburuan haram dan aktiviti haram berkaitan hidupan liar lain di Sabah mendorong DGFC dan JHL Sabah memohon geran Kerajaan AS untuk Projek INL lima tahun lalu.

Mengesahkan sabitan berkaitan hidupan liar, Pengarah JHL Sabah Augustine Tuuga, yang telah menjadi pegawai pendakwa jabatan itu selama 20 tahun, berkata hukuman penjara empat tahun telah dijatuhkan kepada seorang lelaki Indonesia pada 2021 kerana membunuh seekor gajah Borneo pygmy yang terancam di Tawau pada 2019, manakala seorang warga asing dipenjara empat tahun dan denda RM200,000 kerana memiliki bahagian badan penyu hijau di Semporna pada 2022.

Tugas terakhir Tuuga sebagai pegawai pendakwa ialah pada 2016 apabila seorang lelaki tempatan didenda RM25,000 atau penjara 36 bulan kerana mempunyai tenggiling hidup serta sisik tenggiling di Lahad Datu.

“Pada masa ini, saya hanya membimbing pegawai pendakwa kita untuk mereka meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka,” katanya.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Murad Abdul Rashid, dan Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular