HomeUtamaSemua urusan sekolah termasuk aktiviti sukan di bawah tanggungjawab JPN, KPM -...

Semua urusan sekolah termasuk aktiviti sukan di bawah tanggungjawab JPN, KPM – Masidi

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Isu tular di media sosial mengenai pasukan Bolasepak Bawah 18 Tahun (B18) dan Bawah 15 Tahun (B15) yang menjuarai Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) baru-baru ini tidak dapat menyertai Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor atas sebab kekangan kewangan yang dihadapi pasukan.

Ramai netizen yang memberikan komen negatif tanpa usul periksa terus menunding jari ke arah Kerajaan Negeri kononnya kerajaan tidak prihatin tentang isu tersebut.

Terpanggil dengan karenah netizen yang tidak bertanggungjawab itu, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun tampil memberikan penjelasan.

Katanya, semua urusan sekolah termasuk aktiviti sukan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) daripada dahulu.

“Ini bukan isu Kerajaan Negeri banyak duit atau tidak. Hal Ehwal pendidikan adalah di bawah portfolio Kerajaan Persekutuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

“Justeru, atas rasa prihatin Kerajaan Negeri kepada masalah ini, Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Kabinet petang Khamis meluluskan bantuan khas RM50,000,” jelas Masidi ringkas ketika dihubungi pemberita hari ini.

Hari ini, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin mengumumkan Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM 50,000.00 peruntukan khas bagi membiayai kos perbelanjaan pasukan berkenaan semasa mereka berada Johor nanti.

Pengumuman dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Sembulan pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular