HomeUtamaSimulasi Haji Cilik beri pendedahan awal, pengalaman kepada anak kecil

Simulasi Haji Cilik beri pendedahan awal, pengalaman kepada anak kecil

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Program Simulasi Haji Cilik merupakan satu inisiatif amat baik dalam memberi pendedahan awal dan pengalaman kepada anak kecil.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peluang bagi merasai pengalaman tawaf dan saei dalam kalangan anak kecil ini diharap dapat menanam semangat serta kefahaman peserta mengenai konsep dan amalan ibadah haji terutamanya kebesaran Allah SWT.

“Program seperti ini juga memberikan mereka peluang bagaimana perjalanan ibadah haji yang sebenarnya. Saya turut berasa kagum melihat sokongan yang diberikan oleh semua peserta dan ibu bapa. Semangat seperti ini yang kita mahukan. 

“Malah, konsep pembelajaran santai menjadi asas utama kepada simulasi haji cilik agar anak-anak mudah menerima, memahami, mempelajari dan mengikut apa yang diajarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Simulasi Haji Cilil Kota Kinabalu kali keenam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Hajiji berkata, meskipun proses haji mengikut rukun haji sebenar berdasarkan modul yang ditetapkan, namun proses simulasi itu dilaksanakan bersesuaian dengan anak-anak yang berusia empat hingga lapan tahun.

“Semasa proses simulasi, guru-guru pembimbing akan mengajar apa yang diperlu dilakukan oleh pelajar Haji Cilik di setiap ‘Check Point’ yang dilalui.

“Apa yang penting sepanjang simulasi ini, peserta Haji Cilik diperkenalkan dengan beberapa ‘checkpoint’ bermula dengan ibrah iaitu lelaki lengkap berihram dan perempuan bertelekung, wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, melontar 3 Jamrah, bertahallul, Saie dan Tawaf serta korban. 

“Saya berharap program seperti ini diperluaskan ke daerah lain kerana saya dimaklumkan banyak permintaan agar program yang amat bermanfaat ini diadakan juga di peringkat daerah,” katanya.

Terdahulu, simulasi yang dianjurkan buat kali keenam itu disertai kira- kira 46 buah sekolah dengan 1,200 pelajar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular