HomeUtamaKanak-kanak lelaki maut ditikam abangnya sendiri

Kanak-kanak lelaki maut ditikam abangnya sendiri

Read Time:1 Minute, 9 Second

RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai telah ditikam oleh abangnya sendiri dalam kejadian di rumah kediaman mereka di Kampung Kinapulidan dekat sini awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Simiun Lomudin mengesahkan kejadian dan laporan polis mengenai kes tersebut telahpun dibuat pada hari yang sama.

Menurut Simiun, pada jam 11.27 pagi hari yang sama (17 Ogos) pihak polis telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berkenaan kejadian adiknya telah ditikam oleh abangnya sendiri di rumah kediaman mereka di Kampung Kinapulidan, Ranau.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan kanak-kanak lelaki warga tempatan berumur sembilan tahun telah ditikam oleh abangnya
sendiri yang berumur 19 tahun di bahagian perut semasa berada di
ruang tamu rumah mereka pada 17 Ogos 2023 jam lebih kurang 5.40 pagi dengan menggunakan sebilah pisau.

“Mangsa kemudiannya telah di hantar ke Hospital Ranau bagi mendapatkan rawatan oleh jirannya sejurus selepas kejadian. Walau bagaimanapun mangsa telah di sahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 11.10 pagi semasa mendapatkan rawatan di unit
kecemasan Hospital Ranau,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan dengan itu, Simiun berkata, pihak polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan tidak
menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi IPD Ranau bagi membantu siasatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

SSA peroleh kedudukan ke -11 kategori Production Divison, IPSC RMP 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya