HomeIsu tempatanUsaha proaktif pelbagai pihak penting dalam menyelaras operasi bencana

Usaha proaktif pelbagai pihak penting dalam menyelaras operasi bencana

Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Usaha proaktif dari pelbagai pihak khususnya Kerajaan Persekutuan, Negeri dan daerah penting dalam mengemaskini penyelarasan bidang kuasa agensi Kerajaan yang terlibat dalam operasi bencana.

Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn Payus berkata, ia melibatkan tindakan dan arahan gerakan agar lebih jelas dan cekap serta berkesan dalam mengendalikan bencana khususnya apabila berlaku gempa bumi di negara ini.

“Penglibatan NDRC dalam program ini adalah amat penting dan sangat signifikan kerana negeri Sabah lebih kerap terdedah dengan ancaman gempa bumi.

“Bagi negeri Sabah, kejadian gegaran gempa bumi adalah disebabkan kombinasi pengaktifan sesar-sesar kuno akibat himpitan pergerakan tektonik Plat Filipina dan Plat Eurasia, selain disebabkan pergerakan sesar aktif tempatan,” katanya.

Carolyn berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan rujukan dalam pembinaan dan reka bentuk bangunan di Malaysia agar mampu bertahan sekiranya berlaku gegaran gempa menerusi penyelidikan daripada Felo Utama Seismik Gempa dan Kejuruteraan NDRC, UMS, Ts. Dr. Noor Sheena Herayani.

“Sementara pemetaan Garis Sesar Zon Bahaya Seismik terutamanya di negeri Sabah, menerusi penyelidikan Felo Penyelidik GeologisNDRC, UMS, Ts. Dr. Hardianshah Salleh, hasil kerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG),” katanya.

Terdahulu, NDRC UMS terlibat dalam Bengkel Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana (PTO) Gempa Bumi Negara anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di sini, baru-baru ini.

Program itu antara lain bertujuan untuk mengemas kini PTO Gempa Bumi seiring dengan peredaran semasa serta memastikan agensi-agensi yang berkaitan menggunakan teknologi yang terkini.

Di samping itu, ia bagi mempersiapkan negara agar sentiasa bersedia apabila berhadapan ancaman bencana gempa terutamanya di negeri Sabah.

Bengkel yang berlangsung selama empat hari itu turut disertai Majlis Keselamatan Negeri Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah, Taman-taman Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah.

Turut menghantar penyertaan ialah Pejabat Daerah Kota Belud dan Ranau serta Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah (APM) yang juga penganjur bersama bengkel tersebut menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN).

Bengkel tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular