HomeUtamaInisiatif buka lebih banyak pasar malam mampu jadi tarikan pelancong asing

Inisiatif buka lebih banyak pasar malam mampu jadi tarikan pelancong asing

Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Inisiatif bagi mewujudkan pasar malam di beberapa lokasi strategik di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dilihat mampu menjadi sebagai salah satu tarikan pelancong asing ke negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, ini selaras dengan pertambahan kemasukan pelancong asing ke Sabah khususnya dari Korea dan China.

“Syabas dan tahniah kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kerana telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program seperti ini dimana mereka telah mengenalpasti Bandaran Berjaya sebagai salah satu lokasi pasar malam.

“Sebenarnya kita mempunyai banyak pasar malam tetapi ini adalah sebagai satu penambahan memandangkan ramai pelancong dari luar negara terutama Korea dan China tiba ke Sabah.  Mereka perlu disediakan tempat untuk mereka lawati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bandaran Night Market @ Bandaran Berjaya di sini semalam.

Hadir sama Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Abidin yang juga Menteri bertanggungjawan kepada DBKK berkata, para pelancong yang melawat juga perlu mencuba sajian atau makanan orang tempatan di negeri ini selain berharap DBKK dapat memberi fokus lokasi lain untuk dibuka pada masa akan datang.

“Saya difahamkan bahawa Sembulan River Site juga dalam perancangan DBKK untuk mengadakan program seperti ini.  Justeru saya menyeru penduduk yang tinggal di sekitar Bandaran Berjaya dapat memastikan tahap kebersihan berada pada tahap terbaik.

“Sudah tentu kebersihan kawasan perlu diberi tumpuan utama kerana bila tempat suatu tempat itu tidak bersih, sudah tentu ini akan menghalang para pelancong untuk datang namun jika bersih sudah pasti para pelancong akan datang,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Abidin berkata, pihaknya percaya Bandaran Night Market akan dapat memberikan ‘A New Soul To The City’ dengan kemeriahan dan keceriaan di Bandaran Berjaya pada hari-hari biasa di Kota Kinabalu.

“Jika kita lihat dari segi lokasi Bandaran Berjaya, dikelilingi cerun serta flora dan faunanya. keadaan seperti ini unik bagi satu-satu lokasi yang dijadikan pasar malam yang menyajikan suasana santai serta ‘happening’ di waktu senja “Like An Evening In Bandaran Night Market”.

“Tambahan pula, Bandaran Berjaya ini amat mesra kepada pelancong luar kerana terdapat banyak premis penginapan yang tersedia di sini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular