HomePolitikTidak wajar anggap ahli, pemimpin parti sebagai 'katak'

Tidak wajar anggap ahli, pemimpin parti sebagai ‘katak’

Read Time:1 Minute, 18 Second

Ranau : Pemimpin dan ahli parti lain yang keluar untuk menyertai dan berjuang bersama Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) tidak wajar dianggap sebagai ‘katak’.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Paginatan Datuk Amisah Yassin berkata, ia dilihat satu kesilapan besar untuk menyamakan tindakan individu terlibat dengan haiwan yang tidak mempunyai fikiran.

“Mereka yang memilih perjuangan untuk menyertai Gagasan Rakyat ini adalah disebabkan mereka percaya bahawa hijrah yang dilakukan mereka itu adalah kerana mahukan yang lebih baik.

“Parti-parti yang kita sertai dahulu adalah baik, dan kita berterima kasih atas kesudian pimpinan terdahulu untuk memberi tempat kita bernaung satu masa dahulu.

“Namun, peredaran masa dan keperluan di negeri Sabah kini memerlukan pimpinan daripada parti politik tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Penubuhan Gagasan Rakyat Cawangan Libang di sini semalam.

Hadir sama Bendahari Bahagian Mahali Yusin, Ketua Penerangan Bahagian Jamian Manan, Ketua Pemuda Bahagian Al Ayubi Datuk Jirin dan Ketua Beliawanis Iszyan Qitrinada Jamian.

Amisah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata, perubahan politik di negeri ini memerlukan pembangunan dan rakyat telah bosan dengan politik yang bersifat ekstrim.

Katanya, Sabah memerlukan sistem politik yang stabil demi memastikan agenda yang dirancang oleh Kerajaan dapat dilaksanakan tanpa kerisauan risiko Kerajaan yang berubah setiap masa.

“Kita berikrar untuk membantu dan menguatkan rakan-rakan kita dalam parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada tujuh parti komponen dan mengukuhkan parti Gagasan Rakyat adalah sebagai satu caranya,” katanya.

Dalam pada itu, Amisah turut menerima penyerahan borang daripada seramai 25 ahli baharu yang diserahkan oleh Jahili Saridi, bertempat di Kampung Libang Ranau. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Politik

GRS serasi dengan PH Sabah, tolak kerjasama parti luar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular