HomeIsu tempatanAcara boling erat silaturahim antara keluarga PIBG SMKPT

Acara boling erat silaturahim antara keluarga PIBG SMKPT

Read Time:49 Second

Kota Kinabalu: Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok (SMKPT) baru-baru ini berjaya menganjurkan pertandingan boling.

Pertandingan yang diadakan di MyBowl 1Borneo di sini itu melibatkan ahli-ahli PIBG dengan keluarga masing-masing.

Yang Di Pertua PIBG, Makmur Ibak berkata, pihaknya berharap acara seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang, bukan saja sebagai pertandingan tetapi sebagai wadah mengeratkan lagi tali silaturahim di antara ahli PIBG dan keluarga masing-masing.

“Saya sangat berbesar hati melihat komitmen dan usaha bersungguh-sungguh dalam kalangan ahli PIBG dan keluarga yang sudi meluangkan masa walaupun hujung minggu sepatutnya hari berehat di rumah dan ada juga bermacam program lain di sana-sini.

“Semangat kebersamaan dan kesukanan yang tinggi dapat dilihat sepanjang pertandingan ini, membuktikan kolaborasi antara peserta sangat positif dan memberangsangkan.  Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua yang hadir,” katanya.

Pada pertandingan itu, sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori berpasukan, individu lelaki dan individu wanita. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KOJASA Holdings rancang tawar diskaun kepada penjawat awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya