HomeIsu tempatanDua remaja hilang semasa memancing ditemui lemas

Dua remaja hilang semasa memancing ditemui lemas

Read Time:1 Minute, 4 Second

LABUAN: Dua remaja lelaki ditemui lemas selepas mereka dilaporkan hilang semasa keluar memancing dengan menaiki sampan di kawasan perairan Kiamsam pada Ahad lalu.

Mayat kedua-dua mangsa dikenali sebagai Yasin Johnar, 20, dan Mohammad Shah,19, berjaya ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) jam lebih kurang 5.20 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada Isnin (21 Ogos) jam lebih kurang 9.50 pagi.

Katanya, hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa telah keluar memancing dipercayai menggunakan sampan di kawasan perairan Kiamsam WP Labuan pada Ahad (20 Ogos) jam lebih kurang 6.00 pagi.

“Bertindak atas maklumat aduan, Pos kawalan tempat kejadian telah diaktifkan pada jam 11.30 pagi untuk operasi mencari dan menyelamat kedua mangsa tersebut yang melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, pihak PDRM serta orang awam.

“Operasi mencari dan menyelamat akhirnya berjaya menemui mayat kedua-dua mangsa pada jam lebih kurang 5.20 petang semalam di kawasan pantai Kiamsam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis serta dihantar ke Unit Forensik Hospital Nukleus WP Labuan untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

“Setakat ini kes disiasat di bawah laporan mati mengejut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya