HomeUtamaGolongan muda diingatkan sentiasa amal gaya hidup sihat

Golongan muda diingatkan sentiasa amal gaya hidup sihat

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Gaya hidup sihat perlu sentiasa diamalkan oleh golongan muda selain berusaha untuk mengukuhkan lagi tahap kewangan sebagai persediaan untuk melangkah ke alam warga emas di masa hadapan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, golongan muda turut diingatkan agar tidak membuat keputusan yang salah sehingga menjejaskan suasana kehidupan yang tenang dan aman di masa hadapan.

“Warga emas pada ketika ini mempunyai peranan penting dalam hal ini kerana mereka boleh memberikan nasihat kepada golongan muda.

“Warga emas sudah melalui pelbagai cabaran hidup sehinggalah mereka berada disituasi pada hari ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Pertabalan Ahli Jawatankuasa 2023-2025 Persatuan Warga Emas Sabah (SASC), di sini semalam.

James berkata, warga emas juga diseru untuk sentiasa menunjukkan gaya hidup sihat seterusnya membimbing golongan muda ke arah kecemerlangan hidup.

Dalam pada itu, ketika ditemui, James mahu jabatan kebajikan negeri ini untuk membina sebuah sekolah atau Pusat Autism untuk manfaat masyarakat bagi menghantar anak-anak mereka (mempunyai autism) ke sekolah berkenaan bagi mendapatkan pendidikan sewajarnya.

“Ini boleh dijadikan pilot projek kepada jabatan kebajikan negeri ini dan menggunakan dana negeri untuk membangunkan pusat berkenaan. Ia diharapkan dapat dimulakan pada hujung tahun ini. Saya akan membentangkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet akan datang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular