HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot bawa 375 liter petrol tanpa permit

Maritim Malaysia tahan bot bawa 375 liter petrol tanpa permit

Read Time:1 Minute, 2 Second

Sandakan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pancung yang membawa 15 tong berisi 375 liter petrol tanpa permit yang sah di perairan Sandakan di sini petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, dalam operasi yang dilaksanakan, pihaknya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Berikutan itu katanya, pihak Maritim Malaysia kemudian mengarahkan bot suspek berhenti untuk pemeriksaan.

“Bot terbabit tidak memberikan kerjasama dan telah memecut laju sambil bertindak membuang 15 tong disyaki berisi petrol ke laut.  Bot suspek kemudiannya menuju ke perairan cetek berhampiran daratan bagi melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan mendapati bot dengan enjin sangkut 40 kuasa kuda itu tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Katanya, nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan bot  dianggarkan berjumlah sekitar RM16,000.

“Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Dalam satu kes yang berasingan, Zainudin berkata, Zon Maritim Sandakan juga telah berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu nama nakhoda tidak sama dengan lesen bot tersebut, Isnin lalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya