HomeIsu tempatanJKR diminta sedia semula pelan, spesifikasi pembinaan jambatan

JKR diminta sedia semula pelan, spesifikasi pembinaan jambatan

Read Time:1 Minute, 8 Second

Tongod : Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah diarah untuk menyediakan semula pelan dan spesifikasi bagi kerja pembinaan jambatan baharu yang merentasi Sungai Keramuak di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata, beliau mahu jambatan kayu itu segera diganti dengan jambatan konkrit yang kini berada dalam keadaan usang.

Katanya, jambatan itu menjadi penghubung laluan antara Kampung Kenang-Kenangan ke Keramuak.

Menurutnya, cadangan asal pembinaan jambatan sepanjang 80 meter itu adalah bernilai RM8 juta, termasuk pembaikan jalan raya merintangi Kampung Tenaga Baru, Keramuak Dalam hingga ke Ulu Keramuak dan terus ke Kenang-Kenangan. 

“Jumlah peruntukan sedia ada tidak mencukupi bagi menyiapkan kerja keseluruhan termasuk sebuah jambatan konkrit dan ia memerlukan dana tambahan yang dianggarkan melebihi RM10 juta. 

“Sebaik sahaja pelan dan spesifikasi baharu itu siap, saya akan menemui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk memohon peruntukan tambahan sebelum dibantangkan di peringkat Kabinet ,” katanya.

Masiung berkata, jambatan usang tersebut juga perlu segera dibina kerana struktur jambatan kayu sekarang sudah mencecah usia 40 tahun dan kini telahpun mula reput dan berbahaya dilalui terutama kenderaan berat. 

Katanya, memandangkan  rangkaian jalan raya menghubungi perkampungan terbabit telah dibaikpulih, maka tidak ada sebab kenapa jambatan usang berkenaan tidak diutamakan.

Jelasnya, kontraktor yang membaikpulih laluan jalan raya tersebut enggan meneruskan pembinaan jambatan berkenaan kerana peruntukan untuk mengganti sebuah jambatan konkrit yang baharu tidak mencukupi. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK raih anugerah ‘Asean Clean Tourist City Standards’ kali ketiga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya