HomeUtamaSeorang Wanita Maut Dalam Nahas 7 Kenderaan

Seorang Wanita Maut Dalam Nahas 7 Kenderaan

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya digilis lori dalam nahas tujuh kenderaan di Jalan Lintas, Kota Kinabalu semalam.

Mangsa yang berasal dari Kampung Babah, Penampang disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira 6 petang itu dan video kelangan terbabit turut tular di Media sosial.

Ketua Polis Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah, berkata kemalangan terbabit melibatkan dua lori dan lima kenderaan masing-masing Perodua Bezza, Myvi, Toyota Vios, Proton Saga dan Iriz.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori melanggar sebuah kenderaan di hadapannya hingga menyebabkan kenderaan yang paling belakang tersepit di bawah lori.

“Akibat kejadian itu, pemandu kereta Perodua Bezza tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya