HomeUtamaPembudayaan sains penting pastikan negara tidak ketandusan bakat dalam STI

Pembudayaan sains penting pastikan negara tidak ketandusan bakat dalam STI

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Pembudayaan sains dalam kalangan masyarakat khususnya kepada para pelajar dan belia adalah penting bagi memastikan negara tidak ketandusan bakat dan sumber terutamanya dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, berdasarkan statistik, kadar penglibatan pelajar Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) khususnya di Sabah dilihat kian menurun apabila hanya mencatat 27 peratus dari sasaran sebenar.

“Penglibatan STEM dalam kalangan pelajar di Sabah amat rendah apabila hanya mencatat 27 peratus, ianya sangat jauh dari sasaran.  Saya risau kita akan ketinggalan kerana dunia serba canggih kini memerlukan STEM.

“Justeru itu, pihak kementerian melalui Akademi Sains Malaysia (ASM) telah melaksanakan kajian terhadap kurangnya minat pelajar kepada sains.  Antaranya ialah kurang galakan dari ibu bapa serta guru selain tidak memahami subjek ini yang dianggap susah dan potensi kerjaya kurang difahami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sembang Santai bersam Pengamal Media Sabah di sini semalam.

Arthur berkata, bagi membantu mencapai sasaran yang ditetapkan, kementeriannya telah mengambil inisiatif melancarkan Minggu Sains Negara (MSN) yang akan dapat memupuk minat golongan pelajar dan belia terhadap STI melalui pelbagai aktiviti secara dalam talian dan fizikal.

Katanya, MSN peringkat negeri Sabah akan dilaksanakan serentak dengan Malaysia Techlympics dan akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor esok bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) .

Menurutnya, pihaknya mensasarkan seramai 10,000 pengunjung di Sabah untuk hadir memeriahkan program itu.

“Manakala bagi Techlympics pula ianya telah mencatatkan penyertaan seramai 600 kanak-kanak dan belia berusia tujuh hingga 30 tahun. 

“Melalui program ini, MOSTI berhasrat untuk menyampaikan mesej bahawa sains itu mudah dan menarik untuk semua peringkat usia,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular