HomeSukanMSSM 2023 : Sabah sasar berada dikelompok tiga terbaik

MSSM 2023 : Sabah sasar berada dikelompok tiga terbaik

Read Time:1 Minute, 37 Second

Kota Kinabalu: Kontinjen Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah meletakkan sasaran untuk berada pada kelompok tiga terbaik pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 yang akan berlangsung di beberapa lokasi bermula 24 hingga 30 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Raisin Saidin berkata, selain itu pihaknya juga mahu kontinjen MSS Sabah dapat mempertahankan kejuaraan yang diperolehi menerusi acara olahraga dan badminton.

Pasukan MSS Sabah bagi sukan akuatik

“Saya harap agar para atlet kita dapat menunjukkan prestasi yang baik berbanding dengan tahun lalu selain kita juga berhasrat untuk mengekalkan kejuaraan bagi dua acara iaitu olahraga dan badminton, ini saya berharap ianya dapat kita pertahankan.

“Selain itu ada dua acara yang boleh kita berikan harapan besar iaitu menerusi acara akuatik dan juga pelayaran untuk menjadi juara, bagi acara-acara lain kita juga akan berharap agar anak-anak kita dapat memberi kejutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan bendera dan amanat kepada kontinjen MSS Sabah ke kejohanan MSSSM 2023 di Wisma Pendidikan di sini semalam.

Sementara itu, Raisin berkata, pihaknya juga turut menyediakan insentif kepada para atlet yang berjaya meraih pingat emas, perak dan gangsa termasuk yang berjaya memecahkan rekod kejohanan.

“Kita ada menyediakan insentif kepada atlet yang berjaya meraih pingat dalam kejohanan ini dimana ia merupakan insentif yang telah diamalkan sejak beberapa tahun lalu.

“Kita dapati bahawa insentif yang diberikan ini telah memberikan satu galakan dan semangat kepada atlet kita untuk bertanding dengan penuh bersungguh-sungguh,” katanya.

Raisin berkata, bagi atlet yang berjaya meraih pingat emas secara individu akan menerima sebanyak RM300; pingat perak (RM200) dan gangsa (RM100).

“Bagi acara berkumpulan juga kita akan beri insentif iaitu sebanyak RM350 bagi emas; RM250 perak dan RM150 bagi gangsa.

“Manakala bagi mereka yang berjaya memecahkan rekod bagi individu, insentif yang akan diterima adalah sebanyak RM200 dan berkumpulan sebanyak RM500,” katanya.

Sabah akan menghantar seramai 631 orang atlet yang akan menyertai 24 jenis sukan pada kejohanan MSSM kali ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular