HomeUtamaOrang ramai dipelawa hadir meriahkan Minggu Sains Negara

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Minggu Sains Negara

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu: Orang ramai dipelawa untuk hadir memeriahkan pelaksanaan Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat negeri Sabah yang akan diadakan selama tiga hari bermula esok.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam satu kenyataan memaklumkan, MSN itu akan berlangsung sehingga Sabtu ini bertempat di Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 (DKP 2), Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula esok.

Objektif MSN tahun ini adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam kehidupan seharian, serta menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar dan sumber manusia dalam bidang STI.

Selain itu, program MSN juga bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf semua pihak yang telah memberi sumbangan dan kejayaan dalam bidang sains.

Program itu merupakan anjuran kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), serta UMS selaku tuan rumah pameran.

Tema MSN pada tahun ini adalah “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi” yang menekankan aspek keterlibatan semua lapisan masyarakat dalam menyemarakkan inovasi sains sejajar dengan kepesatan teknologi terkini dan seterusnya melahirkan modal insan berliterasi saintifik serta membudayakan sains dalam setiap dimensi kehidupan.

Program ini juga akan mempromosikan tempat-tempat menarik yang terdapat di dalam UMS yang mana lawatan ke setiap tempat akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang sepanjang MSN berlangsung. 

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat juga aktiviti lain yang akan diadakan seperti video salingan, Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) Speaker Series, Robotic Show dan lain-lain.

Majlis perasmiannya dijangka dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, esok

Dijadual hadir sama Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Arthur Joseph Kurup, Menteri KSTI, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd. Arif; Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor; Pembantu Menteri KSTI, Datuk Harun Durabi; Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd. Hanafiah Mohd. Kassim; dan Ketua Setiausaha Tetap MOSTI, Datuk Dr. Aminuddin Hassim. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Large Scale Solar Menawarkan ‘Value for Money’ untuk Bekalan Elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular