HomeUtamaG57 desak Shafie letak jawatan Ahli Parlimen Semporna & Adun Senallang, gagal...

G57 desak Shafie letak jawatan Ahli Parlimen Semporna & Adun Senallang, gagal urus isu sampah di Semporna

Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar Ahli Parlimen Semporna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya meletakkan jawatan berikutan kegagalan beliau menguruskan isu sampah di Semporna.

Perkara itu disuarakan oleh Pengerusi G57 Datuk Zulkarnain Mahdar dalam satu sidang akhbar diadakan pada Rabu susulan hantaran yang dibuat Menteri Perlancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkaitan dengan isu sampah di Semporna di mana beliau telah menerima aduan daripada pelancong dari China dan Korea Selatan yang mendakwa mengalami keracunan makanan dan jijik dengan keadaan sampah di Semporna.

Zulkarnain berkata, sebagai rakyat Sabah kita malu dengan kenyataan oleh Datuk Seri Tiong King Sing dan kita khuatir beliau akan mengeluarkan notis merah sekiranya isu kebersihan sampah sarap tidak diselesaikan.

Beliau berkata, point pertama, di Sabah sebenarnya tiada masalah isu sampah tetapi hanya di Semporna sahaja kerana ada pelancong ini berjalan melihat keadaan kampung namun berada di kawasan yang tidak dikutip sampah di mana boleh mencecah antara 10 hingga 15 tan sampah.

“Point kedua, masalah sampah bukan baru berlaku tetapi sudah berlarutan sejak dulu lagi tetapi kenapa ia berlaku? Ini kerana Mohd Shafie tidak menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen dengan baik. Sebagai rakyat Sabah kita malu dan amat kecewa,” katanya.

Menurut Zulkarnain, pada 2018, beliau antara yang mendesak Mohd Shafie menyelesaikan masalah sampah ini tetapi hanya selesai ketika Mohd Shafie menjadi Ketua Menteri dan kini ia berulang lagi sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Semporna.

“Jika notis merah dikeluarkan oleh pihak kementerian ini sekali gus akan menjejaskan pendapatan seluruh penduduk di Semporna.

“Jadi kita tampil menyatakan bahawa salah satu punca kegagalan pengurusan sampah di Semporna kerana Mohd Shafie tidak berfungsi dengan baik sedangkan beliau sudah menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu sudah lebih lima penggal dan pernah menjadi Ketua Menteri selama 26 bulan. Apa yang telah beliau buat?,” tegas Zulkarnain.

Sehubungan itu, Zulkarnain berkata, salah satu cara yang kita lihat ialah mendesak dan meminta Mohd Shafie meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen dan berikannya kepada golongan muda yang dapat menggalas tugas membersihkan Semporna.

Katanya, jangan salahkan Majlis Daerah tetapi salahkan Ahli Parlimen, mengambil contoh di Kota Kinabalu Ahli Parlimennya daripada DAP tetapi sejak dulu masalah sampah dapat diselesaikan terutama di kawasan Pantai Teluk Lipat, setiap pagi sampah akan banyak tetapi dibersihkan apabila ada kontraktor yang akan mengutipnya. Jadi maknanya, Ahli Parlimen di Kota Kinabalu berfungsi dengan baik,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, ramai Ahli Parlimen di blok pembangkang bukan saja di Sabah tetapi banyak tempat dan mereka berfungsi dengan baik dan biasanya kerajaan akan mendengar cadangan daripada Ahli Parlimen atau ADUN.

“Kita juga tampil untuk menghantar surat supaya Mohd Shafie meletakkan jawatan dan selepas itu kita akan gerakkan satu petisyen untuk mendesak beliau meletakkan jawatan kerana ini saja jalannya,” desak beliau.

Beliau turut menegaskan isu sampah boleh menjejaskan pendapatan rakyat dan juga negeri berikutan industri pelancongan merupakan sumber pendapatan Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular