HomeIsu tempatanUMS,Adamson University jalin kerjasama dalam bidang Akademik dan Penyelidikan

UMS,Adamson University jalin kerjasama dalam bidang Akademik dan Penyelidikan

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Adamson University (AdU), Filipina, menjalin kerjasama menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di sini kelmarin.

Pemeteraian MoU itu merangkumi kolaborasi akademik, serta kerjasama dalam pengajaran dan penyelidikan.

MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor dan Pengarah Perhubungan Universiti AdU, Sr. Maruja S. Padre Juan.

Ia turut disaksikan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar dan Pengerusi Jabatan Kejuruteraan Kimia, Kolej Kejuruteraan AdU, Prof. Madya Engr. Erison C. Roque.

Kasim berkata, kerjasama itu meliputi program mobiliti pelajar dan kakitangan akademik, persatuan, persidangan, lawatan akademik dan aktiviti-aktiviti lain yang dipersetujui kedua-dua belah pihak tertakluk kepada undang-undang dan dasar dari semasa ke semasa.

“Adalah diharapkan MoU ini dapat memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua universiti dan memberi manfaat bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Maruja dalam ucapannya memaklumkan bahawa UMS sebagai sebuah universiti yang tepat untuk jalinan kerjasama MoU.

“Saya sangat selesa di sini dan berasa seolah-olah berada di rumah sendiri kerana masyarakat yang begitu mesra selain budaya yang hampir sama dengan masyarakat di Filipina.

“Saya percaya pelajar dari AdU juga nanti akan mempunyai perasaan seperti ini dan menikmati pengalaman suasana pembelajaran yang kondusif di UMS,” katanya.

Untuk rekod, MoU UMS – AdU akan berkuat kuasa serta merta dan akan kekal untuk tempoh lima tahun.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Shahril Yusof; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Ir. Rosalam Sarbatly; dan Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri. – SABAH MEDIA/GAMBAR UMS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Program Rakan BORNEENSIS 2024 pupuk kelestarian alam semula jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular