HomeUtamaMOSTI ambil serius kerisauan rakyat terhadap pelepasan air terawat ke Lautan Pasifik

MOSTI ambil serius kerisauan rakyat terhadap pelepasan air terawat ke Lautan Pasifik

Read Time:1 Minute, 7 Second

Dengkil : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Jabatan Tenaga Atom (ATOM Malaysia) memandang berat terhadap kerisauan rakyat berhubung pelepasan air terawat oleh Kerajaan Jepun ke Lautan Pasifik.

ATOM Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, agensi itu juga akan terus memantau tahap keradioaktifan perairan negara dengan rapi.

“ATOM di Malaysia sentiasa menjadikan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai rujukan utama dalam melakukan aktiviti kawal seliaan.

“Merujuk kepada pelepasan air terawat oleh Kerajaan Jepun ke Lautan Pasifik, IAEA membuat kesimpulan bahawa pendekatan dan aktiviti untuk melepaskan air yang dirawat Advanced Liquid Processing Systems (ALPS) adalah konsisten dengan piawaian keselamatan antarabangsa yang berkaitan.

“IAEA dalam dapatannya melaporkan bahawa pelepasan air terawat ke laut adalah terkawal, dilakukan secara berperingkat dan mempunyai kesan radiologi yang boleh diabaikan kepada manusia dan alam sekitar,” menurut kenyataan itu di sini.

MOSTI melalui Atom Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Eropah telah melakukan pemasangan Gamma Spectrum Water Monitoring Station (GSWMS) untuk memantau sebarang peningkatan aras keradioaktifan secara “real-time” di perairan negara sebagai pengesanan amaran awal. 

Kenyataan itu juga berkata, data dari stesen ini dipantau 24 jam dan tujuh hari seminggu di Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (NCNRM) di Ibu Pejabat Atom Malaysia, Dengkil, Selangor. 

“Berdasarkan pemantauan semasa oleh Atom Malaysia, tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan negara dikesan pada ketika ini daripada aktiviti tersebut,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular