HomeIsu tempatan478 murid, guru Islam SK Paris 3 ambil inisiatif buka akaun TH

478 murid, guru Islam SK Paris 3 ambil inisiatif buka akaun TH

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kinabatangan : Seramai 478 orang terdiri dari murid, guru dan kakitangan Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Paris 3 di sini mengambil peluang untuk membuka akaun simpanan Tabung Haji (TH) bagi menunaikan fardu haji yang merupakan objektif utama pendeposit TH.

Pengarah TH Wilayah Sabah dan Sarawak, Datin Nurlaila Said berkata, meskipun sekolah itu jauh di pedalaman namun ia merupakan sekolah pertama di Sabah dengan 100 peratus murid dan guru-gurunya membuka akaun TH.

“Usaha ini sekaligus memberi galakan serta dorongan kepada para pelajar untuk menabung sedikit demi sedikit bermula pada usia muda supaya boleh digunakan untuk menyempurnakan rukun Islam kelima.

“Aktiviti pembukaan akaun di sekolah tersebut telah dilakukan sejak 22 Jun lalu melalui kaunter bergerak TH serta secara dalam talian menerusi pautan dan aplikasi THiJARI  dengan simpanan permulaan serendah RM2 sahaja. 

“TH berharap inisiatif ini akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain agar dapat menerapkan minat menabung di usia muda,” katanya dalam kenyataan di sini.

Nurlaila berkata, disamping berusaha untuk menyempurnakan rukun Islam, kelebihan menyimpan wang di TH juga turut meyakinkan pelajar dan guru sekolah.

Katanya,  ini termasuklah simpanan yang patuh syariah, jaminan penuh Kerajaan dan zakat yang dilunaskan.

“Pada masa kini, seramai 523,584 atau 33.78 peratus umat Islam di Sabah telah membuka akaun TH dengan pendaftaran haji seramai 164,958 orang atau 31.51 peratus,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular