HomeSukanStadium Likas sedia sambut pasukan bersaing di Piala AFC

Stadium Likas sedia sambut pasukan bersaing di Piala AFC

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Stadium Likas yang kini dalam proses kerja naik taraf sudah bersedia untuk menyambut ketibaan pasukan yang akan bersaing pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berdepan Sabah FC yang bermula bulan depan.

Pada ketika ini, proses naik taraf stadium berkenaan sudah mencapai peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya sebelum 15 September ini iaitu beberapa hari sebelum sepak mula Piala AFC 2023 bermula.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin yang ‘turun padang’ ke Stadium Likas hari melihat sendiri kerja naik taraf yang sudah mencapai tahap 90 peratus, bagi memastikan ia dapat disiapkan sepenuhnya seperti yang dijadualkan.

Dalam tinjauan itu, Ellron turut menyaksikan percubaan paparan digital baharu ‘scoreboard’ menggunakan sistem teknologi Omega yang dijangka beroperasi bermula pada perlawanan Liga Super, Sabah FC menentang Negeri Sembilan FC, malam esok.

“Saya melihat  proses penambahbaikan dan naik taraf Stadium Likas berada pada landasan menepati jadual yang telah dipersetujui.

“Penggunaan teknologi tinggi iaitu sistem ‘scoreboard’ dan sistem VAR adalah satu perkembangan positif sukan bola sepak Sabah dan pastinya peminat sukan bola sepak di negeri ini sudah sekian lama menunggu perubahan positif stadium ini,” katanya.

Beliau berkata, selain untuk perlawanan bola sepak, kejohanan sukan lain juga akan mendapat impak positif menerusi penggunaan teknologi baharu itu yang membolehkan penganjuran sukan lebih cekap dan berkesan.

Proses kerja naik taraf stadium yang berkapasiti 22,000 penonton itu mula dilaksanakan pada Mei lalu merangkumi pemasangan tempat duduk baharu bertemakan warna logo Sabah FC, selain teknologi terkini sistem paparan digital pada ‘scoreboard’.

Sabah FC diundi bersama tiga pasukan lain dalam Kumpulan H saingan Piala AFC 2023 iaitu Haiphong FC dari Vietnam, Hougang United FC dari Singapura dan PSM Makassar dari Indonesia. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC – PEJABAT MENTERI KBS

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Pasukan Bola Sepak Veteren Lahad Datu juarai kejohanan Piala MP Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular