HomeSukanProgram persahabatan TABS, PIP Brunei perkasa pembangunan bola sepak

Program persahabatan TABS, PIP Brunei perkasa pembangunan bola sepak

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan program persahabatan antara Tunas Asas Bola Sepak (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya dengan Projek Ikan Pusu (PIP) sebuah akademi bola sepak negara Brunei Darussalam mampu membantu memperkasakan lagi program pembangunan bola sepak kedua-dua pihak.

Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim berkata, pihaknya berterima kasih atas kesudian PIP Brunei untuk berkunjung ke negeri ini bagi menjayakan program persahabatan itu.

Katanya, melalui program sedemikian, kedua pihak dapat bertukar-tukar pandangan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti program pembangunan bola sepak masing-masing.

“Kita akan terus bekerjasama dan menjalinkan hubungan baik dengan PIP Brunei khususnya dalam pembangunan bola sepak.  Sebelum ini juga pasukan TABS SAFA Bandaraya pernah mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak anjuran PIP di Brunei.

“InsyaAllah, kita juga berhasrat untuk mengadakan program secara bersama dengan mereka (PIP) di negara jiran itu pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, pasukan TABS SAFA Bandaraya B15 A menjuarai liga persahabatan dengan pasukan PIP Brunei Darussalam selepas mencatat dua kemenangan di padang sintetik Kompleks Sukan Likas di sini, pagi semalam.

Pasukan PIP Brunei yang menang satu perlawanan dan tewas sekali menduduki naib juara dalam liga tiga penjuru itu. Manakala TABS B memenangi tempat ketiga.

Terdahulu dalam kategori B12 kelmarin, pasukan PIP Brunei muncul sebagai juara diikuti pasukan TABS A sebagai naib juara. Tempat ketiga bersama dimenenagi pasukan TABS B dan TABS C.

Hadiah-hadiah kemenangan berupa trofi, sijil dan hamper bagi kedua-dua kategori disampaikan Lokman dan Ketua rombongan PIP Brunei Darussalam, Omar Jamil. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular