HomeUtamaJKKK di Sabah perlu ada urusetia, laksana tadbir urus dengan lebih baik

JKKK di Sabah perlu ada urusetia, laksana tadbir urus dengan lebih baik

Read Time:1 Minute, 15 Second

Beaufort : Pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini perlu mempunyai lokasi urusetia atau pejabat bagi mentadbir urus kampung dengan lebih baik dan berkesan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, ia adalah bagi memastikan semua data khususnya dokumentasi berkaitan kampung atau penduduk dapat disimpan dengan baik dalam satu kawasan tertentu.

“Saya melihat JKKK ini perlu dinaiktaraf dimana mereka perlu ada urusetia atau pejabat JKKK masing-masing untuk mentadbir urus kampung dengan lebih baik dan diurustadbir dengan lebih berkesan lagi.

“Kita tahu banyak data dan dokumentasi yang perlu disimpan dengan lebih selamat dan kita tahu pihak Kerajaan juga perlu mendapatkan data-data ini untuk penyaluran bantuan atau sebagainya.  Jika ini semua dapat dilaksanakan sudah tentu pengurusan JKKK dilihat lebih sistematik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan kelayakan Pra Sukan Sabah (SAGA) Sukan Sepak Takraw (SAGA X 2023) di Dewan Dun Banir Beaufort di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, pihaknya mencadangkan agar elaun JKKK turut dinaikkan seperti mana elaun Ketua-Ketua Adat yang dinaikkan bermula bulan depan.

“Elaun JKKK ini adalah dibawah Kerajaan Persekutuan dimana bagi kita di peringkat negeri ianya memang wajar untuk dinaikkan elaun kerana keadaan semasa pada masa kini berbeza dengan dahulu khususnya dengan peningkatan kos sara hidup dan perbelanjaan harian.

“Justeru kita mencadangkan agar JKKK ini turut dinaikkan elaun mereka kerana mereka juga mempunyai peranan yang sangat berat di peringkat kampung khususnya dalam mengenalpasti pembangunan peringkat kampung,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular