HomeUtamaKerajaan Sedia Tambah Baik Hal Ehwal Islam Di Malaysia Agar Beri Manfaat...

Kerajaan Sedia Tambah Baik Hal Ehwal Islam Di Malaysia Agar Beri Manfaat Kepada Semua – PM Anwar

Read Time:57 Second

BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan terus siapsiaga menambah baik hal ehwal Islam di Malaysia agar inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam, malah rahmat kebaikan Islam juga dirasai masyarakat bukan Islam.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata beliau menjunjung kasih atas kesudian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Anwar yang juga Timbalan Pengerusi Majlis itu berkata mesyuarat MKI berkenaan jelas menzahirkan keprihatinan Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Perpaduan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-raja.

“Patik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan,” katanya.

Anwar turut merakamkan sekalung penghargaan kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir pada mesyuarat itu.

— BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Pembinaan Empangan Kaiduan, Papar perlu dilaksana segera atasi masalah bekalan air...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya