HomeUtamaKetua Adat di Sabah diseru beri perkhidmatan terbaik kepada masyarakat

Ketua Adat di Sabah diseru beri perkhidmatan terbaik kepada masyarakat

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu : Semua pemimpin masyarakat khususnya Ketua Adat di negeri ini diseru untuk terus memberi fokus kepada perkhidmatan yang terbaik selaras dengan kenaikan elaun bulanan yang berkuatkuasa bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Mahkamah Anak Negeri Sabah (SACOM) Datuk Stephen Sondoh berkata, kenaikan itu juga membuktikan Kerajaan mengiktiraf peranan ketua-ketua adat di negeri ini.

“Bagi pihak SACOM dan semua 3,963 Ketua Adat di negeri ini ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas pengumuman kenaikan elaun ketua-ketua adat di Sabah.

“Kenaikan ini adalah tepat pada masanya dan amat dinanti-nantikan selain membuktikan keprihatinan Kerajaan terhadap keperluan pemimpin masyarakat di akar umbi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Stephen yang juga Ketua Adat Putatan berkata, kenaikan itu juga menjadi titik wadah kepada pemimpin masyarakat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat khasnya dan Kerajan Sabah amnya yang selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kita turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri  Kerajaan Tempatan  dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang telah membawa dan  membentangkan  isu tersebut di Kabinet.

“Selain itu penghargaan sama turut diberikan kepada warga kerja Kementerian  Kerajaan Tempatan  dan Perumahan,  Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri dan Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah atas kerjasama yang padu diberikan kepada SACOM dalam penyediaan kertas kerja pelarasan tersebut sehinggalah ia diluluskan,” katanya.

Terdahulu, semalam Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pemimpin masyarakat di seluruh Sabah melibatkan 3,963 orang akan mendapat purata kenaikan elaun bulanan mulai September ini.

Elaun bulanan Ketua Daerah dinaikkan kepada RM3,500 daripada RM2,700, Ketua Anak Negeri kepada RM2,500 daripada RM1,700, Wakil Ketua Anak Negeri kepada RM1,300 daripada RM900, Ketua Kampung dan Kapitan kepada RM1,200 daripada RM700. 

Langkah itu akan memberi manfaat kepada 57 Ketua Daerah, 272 Ketua Anak Negeri, 648 Wakil Ketua Anak Negeri, 2,810 Ketua Kampung dan 176 Kapitan di seluruh negeri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Projek infrastruktur air dilancar, tingkatkan kualiti dan ketersediaan bekalan air

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular