HomeIsu tempatanAnak jati Kadayan menang pingat gangsa di Kejohanan Memanah ETO German 2023

Anak jati Kadayan menang pingat gangsa di Kejohanan Memanah ETO German 2023

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) Sabah mengucapkan setinggi tahniah kepada Ismail Jumat, 59, berasal dari Sipitang, Sabah yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam kejohanan antarabangsa memanah European Traditional Open (ETO) German 2023, di Eichenzell, Jerman, baru-baru ini.

Anak jati Kampung Pelakat, Sipitang itu berjaya membawa pingat gangsa dalam kategori ‘Seniors Men’ dan merupakan salah seorang dari enam wakil Malaysia yang menyertai kejohanan terbabit.

Selain itu, salah seorang wakil Malaysia; berasal dari Sipitang, Rohayati Trip @Tariff turut berjaya memperolehi tempat keempat bagi kategori ‘Adults Female’ dalam kejohanan yang sama.

Ismail menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) atas sumbangan kewangan, sokongan dan dorongan dari semua lapisan rakyat Sabah dan Malaysia yang diberikan terhadap beliau sepanjang kejohanan ETO German 2023.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan harapan agar kejayaan yang dikecapi oleh beliau membawa inspirasi kepada golongan belia khususnya dari kalangan etnik Kadayan yang ingin menceburi sukan memanah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua. Alhamdulillah saya telah berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk kejohanan ETO German 2023.

“Jadi, saya berharap dengan kejayaan ini, anak-anak muda terutamanya etnik Kadayan dapat merealisasikan kejayaan (dalam mana-mana bidang sukan yang diceburi) pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Presiden PAADIAN Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan Ismail membawa pingat gangsa untuk Malaysia.

“Kita mengucapkan tahniah kepada Ismail Jumat yang mewakili Malaysia dalam acara ETO German 2023 yang mana beliau juga merupakan ahli Persatuan Kadayan Sabah ( PAADIAN). Tentu juga beliau mengharumkan nama Sabah dan mewakili seluruh rakyat Sabah yang berbilang kaum.

“Kami turut berbangga dengan kejayaan dan persediaan beliau (dalam kejohanan ETO German 2023). Ini menjadikan beliau sebagai salah seorang ahli persatuan etnik kami yang berjaya mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Disamping itu, kami berharap kejayaan Ismail ini menjadi contoh kepada anak-anak muda Kadayan terutamanya ahli PAADIAN Sabah dan anak Sabah yang berbilang kaum. Jika beliau boleh, tiada yang mustahil untuk anak-anak muda lain.

“Kejayaan Ismail bukan datang secara mengejut tetapi ia merupakan satu proses yang panjang disertai latihan, komitmen dan dedikasi yang menjadikan beliau berkemahiran dalam sukan ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Kejohanan memanah ETO German 2023 yang berlangsung dari 16 sehingga 19 Ogos lepas disertai seramai lebih 350 peserta dari seluruh dunia dengan menggunakan format ‘3D Hunting’.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular