HomeUtamaAksi kawad 'backflip' bakal jadi tarikan penonton

Aksi kawad ‘backflip’ bakal jadi tarikan penonton

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Aksi kawad ‘backflip’ yang dipersembahkan oleh kontinjen Sekolah Henry Gurney (SHG) dijangka bakal menjadi tumpuan pengunjung pada sambutan Kebangsaan 2023 peringkat negeri Sabah pada Khamis ini.

Aksi kawad SHG yang dianggotai 33 pelajar itu sebelum ini turut tular di media sosial dan merupakan antara 13 pasukan yang bersaing dalam pertandingan perbarisan kategori sekolah.

Maskot lembu Desa Farm mencuri tumpuan khalayak.

Selain SHG, pertandingan perbarisan kontinjen turut disertai oleh 111 kontinjen daripada sekolah menengah, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik Sabah dan jabatan kerajaan.

Sebahagian aset pasukan pertahanan awam semasa raptai sambutan.

Turut mencuri tumpuan, perarakan kenderaan antaranya terdiri daripada aset-aset Polis DiRaja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan 39 jenis kenderaan Tentera Darat Malaysia selain kenderaan-kenderaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023, Persatuan Penghantar dan E-Hailing Negeri Sabah, Kelab Berbasikal Retro Membakut, Kelab Volkswagen Klasik Sabah dan Sabah Big Bikers Association.

Kibaran bendera oleh pengunjung yang hadir.

Oleh itu, orang ramai dijemput untuk hadir memeriahkan sambutan yang akan diadakan di Jalan Tun Fuad Stephens mulai seawal jam 7.30 pagi. JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Buaya: JHL tembak mati buaya betina di Kg Sabah Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular