HomeUtamaLapan daerah di Sabah akan disinggahi Agong sepanjang Kembara Kenali Borneo

Lapan daerah di Sabah akan disinggahi Agong sepanjang Kembara Kenali Borneo

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Lapan daerah di negeri ini akan menjadi tempat persinggahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Program Kembara Kenali Borneo bermula 3 hingga 7 September ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kembara baginda berdua akan bermula di Tawau sebelum singgah di Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang.

“Sepanjang baginda berdua berada di Sabah, beberapa program telah di susun atur di setiap daerah yang akan di lawati dengan mengetengahkan budaya kita melalui masakan tradisi.

“Kita juga akan mengetengahkan hasil kraftangan serta produk tempatan yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang kian maju,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Shahelmey yang juga menteri pengiring, kembara itu juga akan turut berkongsi dengan baginda berdua serta rombongan dengan melawat ke tempat yang kaya dengan keunikan alam semulajadi dan tamu mingguan yang begitu sinonim dengan Masyarakat di Sabah.

“Kita juga ingin berkongsi dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta rombongan untuk melawat ke tempat yang kaya dengan keunikan alam semulajadi dan tamu mingguan yang begitu sinonim dengan masyarakat di negeri ini.

“Pengisian program kembara ini amat dinanti-nantikan dan seluruh rakyat jelata di Sabah mengalu-alukan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dan rombongan ke negeri ini,” katanya.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata program kembara Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong diatur pihak Istana Negara dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Sabah membabitkan laluan sepanjang kira-kira 900 kilometer bermula di Tawau hingga ke Sindumin di sempadan Sabah – Sarawak, sebelum kembara diteruskan di negeri jiran itu. – SABAH MEDIA / FOTO ISTANA NEGARA

RELATED ARTICLES
Utama

Jemaah haji diharap jadi duta promosi TH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular