HomeIsu tempatanBot nelayan bawa barang kawalan bersubsidi ditahan

Bot nelayan bawa barang kawalan bersubsidi ditahan

Read Time:54 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot nelayan yang dipercayai membawa muatan barang kawalan bersubsidi tanpa permit sah, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, dalam operasi yang dijalankan di sekitar perairan Kudat mendapati bot berkenaan berjaya dikesan dan diperiksa di kedudukan lebih kurang 0.6 batu nautika timur muara Marina Kudat sekitar jam 1.20 pagi.

“Melalui pemeriksaan yang dilakukan, didapati tiga individu yang mengendalikan bot berkenaan terdiri daripada seorang warga tempatan sebagai tekong manakala dua lagi merupakan warga Filipina.

maritim

“Ketiga-tiga individu terbabit berusia lingkungan 34 hingga 46 tahun.  Pemeriksaan lanjut menemui sejumlah 80 tong berwarna biru disyaki mengandungi minyak petrol dianggarkan sebanyak 1,600 liter dibawa bot berkenaan tanpa permit yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maurice berkata, kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan dan dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM100,000. “Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang kawalan bersubsidi

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular